Bila saya sampai ke Kuala Kangsar (oghre Perak sebut Kuala), saya agak terkejut, pasal pekannya nampak sunyi aje. Kenderaan taklah juga sibuk. Lebih kurang macam Dungun aje dalam hati saya. Saya manalah pernah datang ke "Kuala" sepanjang hayat. Tapi Kuala Kangsar menjadi agak 'senonim' maybe ada MCKK.
Saya mengelilingi pekan Kuala Kangsar kerana nak mencari tempat rehat, sudah pukul 5.00 petang agak keletihan memandu. Terjumpa Izi Hotel, tapi malangnya dah penuh. Terasa juga pelik, dalam tak ada orangpun hotel boleh penuh. Mungkin hotel baru kot!!
Sepintas lalu, seungkap catatan..
| Home | Keluarga | Sekolah | Pelajar | Tips | Software | Coretan | Santai
| Resipi
| Loyar Buruk
| Agama
| Admin | Keluar |
Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..
Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...
Friday, December 17, 2010
Tuesday, December 14, 2010
Cuti-cuti Malaysia: Teluk Intan & Kawan Lama.
12 Disember 2010, pukul 6.30 petang aku bertolak daripada Kuala Kangsar ke KL masuk lebuhraya, setelah 4 hari aku bercuti menghayati kempen kerajaan "Cuti-cuti Malaysia 2010".Sebelum itu 'teman' (loghat Perak) terdengar cakap-cakap daripada members yang nak balik ke KL berkata "hari ini Ahad mesti jem punya!". Teman mana lah tahu dan tak pernah terfikir bahawa leburaya akan 'jem', melainkan jika ada perayaan aje.
Wah mak datok, jem sakang! Dalam mencari formula baru aku terfikir rupa-rupanya jika 'jem' adalah lebih baik masuk lorong kiri daripada kanan. Lorong kiri lebih cepat (memang sah aku dah uji)
Wah mak datok, jem sakang! Dalam mencari formula baru aku terfikir rupa-rupanya jika 'jem' adalah lebih baik masuk lorong kiri daripada kanan. Lorong kiri lebih cepat (memang sah aku dah uji)
Friday, November 12, 2010
Tips mengatasi telefon daripada promosi hotel, bank dll
Paling kita boring bila ada panggilan telefon daripada hotel, bank atau mana-mana agensi ke handphone kita untuk membuat iklan promosi atau pakej tertentu. Malas nak layan kadang kala tak kena masa.
Tambah boring bagaimana maklumat peribadi kita semasa kita mendaftar dengan celcom, maxis atau bank telah disalahguna oleh orang tertentu menjual maklumat ini kepada orang lain.
Saya ada kaedah sendiri mengatasinya, antara yang saya lakukan.
Tambah boring bagaimana maklumat peribadi kita semasa kita mendaftar dengan celcom, maxis atau bank telah disalahguna oleh orang tertentu menjual maklumat ini kepada orang lain.
Saya ada kaedah sendiri mengatasinya, antara yang saya lakukan.
Cikgu buka FB berapa tahun sekali? Part II
Artikel saya pasal tajuk "Cikgu buka FB berapa tahun sekali?" tergantung tak habis. Saya menulis tengah malam dan mengantuk pada masa itu. Memang ada niat nak sambung... tapi biasalah kalau buat kerja, kita tinggalkan jawabnya tak siaplah!!
Rumah saya pun sama. Dulu abang saya nak sambung dan baiki tangga, sampai hari ini title tak siap di hadapan tu, tangga pun tak siap, macam 'rumah tukang'. (Abang saya kontrator yang buat rumah saya).
Title yang dah potong pun dah hilang entah kemana? Kalau sambung nanti jika warna title tak sama jawabnya macam kena penyakit "balau"!!
Rumah saya pun sama. Dulu abang saya nak sambung dan baiki tangga, sampai hari ini title tak siap di hadapan tu, tangga pun tak siap, macam 'rumah tukang'. (Abang saya kontrator yang buat rumah saya).
Title yang dah potong pun dah hilang entah kemana? Kalau sambung nanti jika warna title tak sama jawabnya macam kena penyakit "balau"!!
Wednesday, November 10, 2010
Dua astro?
Gambar sebelah adalah piring astro di sekolah saya. Wah ada 2 astro!! Macam gambar di rumah teres, atau rumah murah aje. Kalau sekali imbas juga boleh dikata macam di rumah panjang!
Macam mana dapat dua astro, itu saya tak dapat tulis di sini, kena tanya 'geng PSS'.
Dulu masa saya di sekolah lama, saya ada 6 talian internet. Mesti ada yang tak percaya.
Wah mesti terkejutnya! Talian ISDN yang dibekalkan oleh pihak Kementerian, sebelum itu talian dail-up yang dimasukkan oleh pihak PIBG. Talian Schoolnet, talian streamyx sekolah untuk pejabat, talian streamyx oleh koop dan streamyx 3mb oleh PIBG dengan pemenant IP. Yang ini saya buat laman web hanya akses melalui server di sekolah aje.
Macam mana dapat dua astro, itu saya tak dapat tulis di sini, kena tanya 'geng PSS'.
Dulu masa saya di sekolah lama, saya ada 6 talian internet. Mesti ada yang tak percaya.
Wah mesti terkejutnya! Talian ISDN yang dibekalkan oleh pihak Kementerian, sebelum itu talian dail-up yang dimasukkan oleh pihak PIBG. Talian Schoolnet, talian streamyx sekolah untuk pejabat, talian streamyx oleh koop dan streamyx 3mb oleh PIBG dengan pemenant IP. Yang ini saya buat laman web hanya akses melalui server di sekolah aje.
Kalau bukan kita siapa lagi nak menghargai guru?
Semalam anak sulong mengajak saya untuk membelikan hadiah bagi majlis akhir tahun untuk kelasnya. Saya memang malas nak keluar, apatah lagi nak ke pasaraya. Bukan perangai saya "lepak" di pasaraya, melainkan jika ada hal benar-benar penting.
"Ayah hadiah untuk 4 orang guru dan juga air gas (berkarbonat)" katanya dari jauh. Apabila dia minta dengan umminya, ummi tak sihat dan tak nak keluar.
Saya adalah pilihan terakhir baginya, memang dia tahu saya bukan suka sangat keluar membeli dan kalau saya keluar saya jarang sangat ajak anak-anak bersama. Bukan apa malah nak layan kerenah dia orang ni, yang macam-macam.
"Ayah hadiah untuk 4 orang guru dan juga air gas (berkarbonat)" katanya dari jauh. Apabila dia minta dengan umminya, ummi tak sihat dan tak nak keluar.
Saya adalah pilihan terakhir baginya, memang dia tahu saya bukan suka sangat keluar membeli dan kalau saya keluar saya jarang sangat ajak anak-anak bersama. Bukan apa malah nak layan kerenah dia orang ni, yang macam-macam.
Tuesday, November 2, 2010
Kenapa kita selalu diberikan alasan bodoh?

Banyak cerita menarik sepanjang setahun cuti ini, tak sempat pula nak dikongsikan bersama.
Setahun masanya adalah pendek, dia dah mula bertugas 1 Oktober 2010. Saya mula sedih, terpaksa makan bukan lagi dari "air tangan isteri.." tiada lagi 'kemesraan' yang sukar ditafsirkan dalam kehidupan kekeluargaan.
Monday, October 25, 2010
Doa minta senang

Dalam perbualan yang terbatas disebab ramai orang datang menziarahinya, sempat juga saya bersembang beberapa perkara tentang agama dan menarik untuk saya menulis di sini menganai ceritanya nasihat daripada Ustaz Daud, Balai Besar. (Dia selalu solat di Surau Ustaz Daud)
Sunday, October 24, 2010
Turun memasak...

Anak sulong saya yang tahun 5 tu main "baruh" di Merchang Jumaat lalu dapat tangkap seekor ikan haruan yang agak besar. Saya lihat aje gelagatnya, sepatah haram pun saya tak tegur dan tak berikan apa-apa respon. Hanya saya cakap sekadar macam berbisik dengan emaknya macam perangai 'ayah' (bahasa saya dengan isteri) masa kecil.
Wednesday, September 22, 2010
Hidup dengan rasuah...
17 September 2010, kereta Iswara Aeroback isteri saya yang telah berusia 14 tahun mengalami kemalangan. Seminggu sebelum raya, isteri saya telah memberi pinjam kepada kakaknya kerana kereta kakaknya (Janda anak 4) mengalami kerosakan.
Sambil seleroh saya kata, "beri sahaja kepada kakaknya". Isteri saya jawab, "abang nak ke sekolah pakai apa?" Saya ada satu lagi kereta Grand Livina. Tapi memang satu kereta susah untuk kami berdua nak pergi kerja. Buat masa ini mungkin tak menjadi masalah kerana isteri saya cuti setahun tanpa gaji.
Sambil seleroh saya kata, "beri sahaja kepada kakaknya". Isteri saya jawab, "abang nak ke sekolah pakai apa?" Saya ada satu lagi kereta Grand Livina. Tapi memang satu kereta susah untuk kami berdua nak pergi kerja. Buat masa ini mungkin tak menjadi masalah kerana isteri saya cuti setahun tanpa gaji.
Wednesday, September 8, 2010
Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu yang menyedihkan..

Memang pada masa itu menyedihkan juga, tuala pun tak sempat nak dipulangkan kerana proses dobi yang tak begitu baik. Saya cukup "respek" kepada pengurus Hotel Primula bukan sahaja perkhidmatannya baik, harga tawarannya murah dan boleh bagi akhbar pula tu!!
Friday, September 3, 2010
Bagaimana nak ambil semula fail terdelete yang tak direcover oleh Recycle Bin?

Mungkin ada yang tak jelas apa dia "check box". Satu daripada kelebihan windows 7 yang mungkin juga membahayakan bagi mereka yang "terlalu cepat" dan kurang ambil perhatian pada notis tip amaran. (Ttak baca arahan.. ini pernah terjadi pada pengetua aku di Sarawak dulu yang hairan kerana saya yang dikategorikan tak pandai berbahasa Inggeris, tapi terlalu cepat membaca arahan yang keluar pada pc)
Kad Raya Pertama Tahun Ini

Kad Raya yang saya perolehi datang daripada seorang kawan (dan dia juga adalah sahabat??) yang telah lama kami tak berhubung.
Wednesday, September 1, 2010
Bagaimana nak kawal kelajuan kenderaan?

Hari-hari terbaca pasal kemalangan. Nak raya makin banyak kemalangan kerana lebih banyak kerederaan bergerak. Sistem jalan raya di Malaysia tidaklah sebaik negara-negara maju lain (jangan marah, saya kata apa yang benar)
Saturday, August 21, 2010
Mengunakan nafsu mengalahkan nafsu lain

Anak saya berumur 6 tahun telah dilatih untuk berpuasa. hari pertama puasanya setakat pukul 3 petang, hari kedua al hamdulillah boleh sampai waktu berbuka. Esoknya sampai pukul 1 sahaja. Maknanya dia ini bergilir untuk dapat puasa penuh.
Friday, August 13, 2010
Windows 7 tak genuine...
Hari terganggu lagi, windows 7 PC HP Pavalion Slimline saya, tak genuine. Ini adalah kali kedua selepas kali pertama tak genuine keluar paparan wallpaper hitam serta teks di sisi kanan memaklumkan bahawa "Windows Mung Ni curi oooi, belilah original" (dalam bahasa mudah)
Memang dasar kita walaupun barang itu adalah "curi" kita berusaha untuk menjadikan dia seolah-olah macam kita beli dengan Microsoft. Dan yang berikan alasan kononnya untuk menghalalkan cara "Ini Yahudi punya". Apa-apa alasan kita tetap salah!!!
Memang dasar kita walaupun barang itu adalah "curi" kita berusaha untuk menjadikan dia seolah-olah macam kita beli dengan Microsoft. Dan yang berikan alasan kononnya untuk menghalalkan cara "Ini Yahudi punya". Apa-apa alasan kita tetap salah!!!
Thursday, August 12, 2010
Kenapa tak dilabelkan??

Lagi memeningkan apabila sekolah mendapat peruntuk yang besar dan datang ber'talu-talu' kerana mungkin sekolah kita 'special' sedikit berbanding dengan sekolah orang lain.
Tuesday, August 10, 2010
Malang tidak berbau

Pernah terbabit dalam pertandingan 3K peringkat Kebangsaan beberapa tahun yang lalu membuatkan aku 'terlalu' banyak tahu makna K dalam ertikata pendidikan di sekolah. Apatah lagi bila pertandingan ini diperbesarkan dengan pertandingan 5K.
Perlu ada satu laman untuk guru-guru yang minat IT..

Memang bagus tetapi sekadar mengumpulkan tenaga dan kepakaran kepada sesuatu projek tidak membentuk satu gelombang idea dan pendapat yang "besar".
Friday, August 6, 2010
Nasib selipar mereka yang hadir awal ke masjid...

Minggu-minggu sebelum ini, saya lupa bila masanya, saya pernah datang lewat ke masjid. Hari pula hujan renyai-renyai. Saya memaksa diri saya berdiri dalam keadaan hujan renyai itu sambil menunggu khutbah habis dibaca di hadapan pintu masuk salah satu di masjid sebagai 'kifarat' kepada kealpaan saya.
Kenapa saya menyiksa diri saya??
Nasihat ikhlas kepada pelajar aku yang suka posting gambar dalam FB..

Kenapa saya begitu kolot sekali pemikirannya... sedangkan saya adalah antara guru yang selalu mengikuti perkembangan IT, dan bergelomang dalam dunia IT??
Ya kalau kita masihatkan pelajar perempuan menutup aurat, menjaga diri dan adab kita selalu dikatakan berada dalam dunia kolot, ketinggalan zaman dan tidak mengikuti peredaran zaman..
Thursday, August 5, 2010
Membeli hati.. (?)

Memang ada sedikit keberatan untuk menghantar pulang kerana kerja-kerja rumah mungkin tidak mampu dilaksanakan oleh isteri saya. Tapi kali ini saya lebih bersikap "berkeras" untuk tidak mahu menyambung 'bibik' lagi. Bukan kerana bibik tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik.. Bibik memang bagus, malah bibik menutup aurat, solat tidak pernah tinggal, malah satu sen pun duit di rumah tak pernah hilang..
Wednesday, August 4, 2010
Font seakan-akan jawi yang cantik

Saya ditanya oleh cikgu Zam berkenaan font semacam tulisan jawi. Saya beritahu dia dulu saya ada simpan tapi sekarang entah di mana. Banyak sangat PC sekolah yang saya guna dan saya juga ada satu tabiat suka berpindah tempat.
Rasanya sudah 4 atau 5 kali meja saya berubah. Sekarang saya duduk dalam bilik "frozen" (server). Mengigil dan bila pulang pukul 3.00 petang saya tak perlu buka air-cond kereta dan kadang kala lupa menyebab anak-anak yang diambil menegur kerana kepanasan...
Apa anak kita buat pada waktu Solat Jumaat..

Hingga kadang kala saya pun terpaksa bermain kasar dengan membantu adik-adik yang kecil untuk menolak yang besar, hingga kadang-kala yang sulong ini "terkis hati" (terasa hati).
Saturday, July 31, 2010
Bagaimana membuka semula fail dalam pendrive anda yang hilang?
Artikel saya dah tulis dalam laman sekolah http://www.aizek.net/. Oleh kerana saya dah mula untuk berblog semula saya rasa semua tulisan saya harus ada dalam blog, just saya copy & paste aje di sini...
Saya selalu didatangi oleh cikgu yang mengatakan failnya (terutama fail microsoft word) hilang dan ada sesetengah PC failnya nampak tetapi kelabu dan kebanyakkan PC tidak nampak seolah-olah kosong sahaja pen drivenya.
Biasanya Cikgu Zam akan menyelesaikan masalah ini dan boleh dikata hampir setiap hari masalah yang sama kami terpaksa selesaikan.
Saya selalu didatangi oleh cikgu yang mengatakan failnya (terutama fail microsoft word) hilang dan ada sesetengah PC failnya nampak tetapi kelabu dan kebanyakkan PC tidak nampak seolah-olah kosong sahaja pen drivenya.
Biasanya Cikgu Zam akan menyelesaikan masalah ini dan boleh dikata hampir setiap hari masalah yang sama kami terpaksa selesaikan.
Friday, July 30, 2010
Bila cikgu dan cikgi dibenarkan berpolitik..

Tak hairan kawan sebilik aku, Cik gu Zam pun menolak jawatan Pengawai Khas ICT, PPD atas alasan lebih suka mengajar mendidik anak-anak murid dengan ilmu pengetahuan. Jawapan ini bukan jawapan atau alasan semata-mata tapi terbit daripada hati tulus luahan seorang kawan terhadap kawan sebiliknya...
Pelajar sekarang kadang kala tak faham bahasa kita..

Dalam komen masing-masing ingin mendapatkan penjelasan apa maksud saya tersebut dan mengharapkan saya membalasnya sedang saya online. Pelajar perempuan berkenaan tak pasti bahawa hari itu hari Jumaat dan sudah pasti saya solat Jumaat.
Thursday, July 29, 2010
Bagaimana membuat shortcut "Windows Switcher" pada Windows 7

Saya sebenarnya kurang biasa dengan Windows Vista, kerana sebelum ini semasa saya menggunakan vista pada notebook tablet, saya terus guna windows 7 RC versi percubaan hampir setahun sebelum dilancarkan.
Wednesday, July 28, 2010
Cikgu boleh print terus daripada PC belakang..
Setelah kian lama sistem rangkaian network sekolah saya tunggang langgang akibat daripada pelbagai projek dan silih berganti.. Akhirnya kesempatan untuk saya urus atur. Bak kata orang sebelum ini macam JKR, TNB dan Jabatan Air; masing silih ganti, satu buat lubang satu lagi tar jalan dan satu lagi tarik talian... akhirnya macam tak siap-siap.
Hari ini saya setting printer untuk kegunaan cikgu-cikgu (termasuk pelajar) bagi memudahkan pengerakkan cikgu tak payah ke meja Juru Teknik atau ke Bilik Penyeras atas semata-mata nak print bahan.
Hari ini saya setting printer untuk kegunaan cikgu-cikgu (termasuk pelajar) bagi memudahkan pengerakkan cikgu tak payah ke meja Juru Teknik atau ke Bilik Penyeras atas semata-mata nak print bahan.
Cikgu buka FB berapa tahun sekali?

Selibus ICTL biasanya asas komputer seperti e-mel, internet, microsoft word, exel dll. Saya dah mula 'boring' dengan selibus ini, kerana saya dah mula mengajar ICTL semenjak tahun 2002 lagi. Awal tahun ini saya telah siapkan satu "modul webblog" menggunakan blogspot lebih kurang 30 muka surat.
Monday, July 26, 2010
Menyelenggara Network sekolah

Banyak rungutan tapi saya buat tuli sahaja. Tapi entah macam mana hari ini rasa macam nak buat sesuatu, lalu saya mula membuat semakan kepada 'aliran' network yang agak kompleks juga di sekolah ini kerana sekolah saya ada 3 buah server; server asal Makmal ICT (2003), server penaiktarafan (2008) dan server LMS (RedHat Centos).
Sunday, July 25, 2010
Suami selalunya tak endah pada isteri??

Seperti biasa antara pukul 3.00 - 3.30 petang saya akan datang mengambil anak-anak (3 orang semuanya) untuk pulang ke rumah. Hari ini agak terlewat sedikit pasal hujan lebat dan saya juga sibuk dengan 'setting internet' di sekolah.
Wednesday, June 23, 2010
e-Pantau SPM Online, macam mana ni?

Dulu pernah menjadi Penolong Setiausaha Peperiksaan, kemudian di turunkan pangkat menjadi juru analisis peperiksaan dengan membuat analisis bagi tingkatan 1-5. Menjadi juru analisis pening juga kepala selepas aje peperiksaan tamat. Semuanya nak cepat.
Thursday, June 3, 2010
Sehari mengawas peperiksaan di sekolah..

Pagi sebelum masuk makmal, saya terus ke Bilik Peperiksaan atau Kantin untuk melihat 'jadual guru ganti' (masa saya di Sarawak dia orang panggil Sit-in). Ini paling penting sebelum semua orang kecoh dan suara-suara tak sedap akan kedengaran. Itulah tanggungjawab paling penting semasa Peperiksaan atau Ujian di sekolah..
Nasib tak baik, kena ganti..
Nasib tak baik, kena ganti..
Saturday, May 29, 2010
Halal betul ke ni?

Air ini adalah air Teh berperisa Epal, Oren dan Anggur.
Tanda halal Malaysia, JAKIM agak berbeza dengan tanda halal ini... saya kurang arif. Ini kena tanya ustaz.. Macam mana ustaz?
Penjaga Gol..

Suara sinis ada mengatakan bapanya tak pernah turun padang bermain anaknya menjadi permain daerah malah dipilih pula sebagai penjaga gol negeri mewakil PASTI Terengganu yang akan berlangsung pada 26 Jun nanti..
Hari Jadi Muizzuddin..
Thursday, May 13, 2010
Projek Lan Sekolah

Al-Hamndulillah walaupun agak lewat sedikit, hampir pukul 7.40 baru sampai. Semua berjalan dengan baik.
Kelas berjalan separti biasa, saya dah mula mengajar CorelDraw X5 kepada pelajar tingkatan 1 dan 2. Saya rangkau sekali untuk selibus tingkatan 1 dan 2, kata orang mudah taip dalam buku rekod mengajar. Buku Rekod mengajar dah hantar macam biasa, harap istiqamah dan menyenangkan Cikgu Ghani... taklah perlu datang tepuk bahu!
Monday, April 5, 2010
Makmal LMS

Sedang aku nak tulis blog ini, dapat SMS kena ke Pejabat sekolah ada hal penting.. kacau betul!
Subscribe to:
Posts (Atom)