
Lama benar saya tak memasak. Dulu masa di Sarawak saya adalah tukang masak kepada kawan-kawan se rumah yang kebetulan semuannya
"putol kayu" dalam hal memasak, walaupun Iskandar, emaknya adalah tokel gerai makan di Kubang Krian yang terkenal.
(Gambar sebelah tahun 1992 saya di Kapit, Sarawak)
Anak sulong saya yang tahun 5 tu main
"baruh" di Merchang Jumaat lalu dapat tangkap seekor ikan haruan yang agak besar. Saya lihat aje gelagatnya, sepatah haram pun saya tak tegur dan tak berikan apa-apa
respon. Hanya saya cakap sekadar macam berbisik dengan emaknya macam perangai 'ayah' (bahasa saya dengan isteri) masa kecil.