Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Thursday, February 9, 2012

Minat kumpul "Virus"

Dulu masa kecil aku suka kumpul tudung botol 'air gas' (air bikarbanat). Aku juga kumpul macam-mana benda. Tapi aku tak suka kumpul setem atau duit syiling lama. Abang aku Hamzah yang dah meninggal dunia suka kumpul syiling lama. Tapi malangnya duit syiling itu hilang entah ke mana? Kalau ada boleh buat duit tu, jual benda-benda lama!

Dalam banyak tudung botol, aku suka tudung 'Sungkist'.Aku aku buat cerita macam perang, tudung sungkist akan jadi hero....  Kickkapoo mesti jadi pembantu hero!!. he he

Rupa tabiat ini telah diwarisi kepada anak aku Muhammad Haziq Izanuddin, 10 tahun yang suka jenis pen atau marker. Kalau ada pen cantik dia akan ambil buat main-main macam lagakan antara pen tersebut... macam cerita Toy's Story lagakan Andy dengan Buck.

Wednesday, February 8, 2012

Steambot Segera di Makmal ICT

Semalam saya dengan Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Wan Syukur di kantin dan pada masa itu makanan tak banyak yang ada. Cikgu Wan Syukur tanya saya nak makan makanan panas ke? Saya cadangkan kepada cikgu Wan Syukur "mee mamat".

Kebetulan Cikgu Zam ada di situ, menyampuk "Mamat-mamat sebut slow sikit" Itu ayah aku, katanya. Nasib kami lagi malang pasal tak ada tukang masak nak masakkan mee kepada kami.

Saya pun terpaksa makan kueh pau. Entah berapa kali kueh pau menjadi alas perut. Kami banyak sembang pasal makanan, entah macam mana terkeluar steambot. Ada cadangan nak buat steambot di Makmal ICT.


Thursday, February 2, 2012

Jika nama manusia hanya menggunakan satu database 'Case Sensitive'

Hari ini saya buat semakan nama untuk kelas 2 Intan 4. Saya memang sensetif dengan ejaan dan nama pelajar. Zaman dulu semasa saya mengajar Fizik mana-mana pelajar tidak menulis namanya dengan betul termasuk nama ayah, saya kadang kala menolak satu markah.

Lagi parah saya akan tambah bin atau bintikan "anak polong", "anak hantu raya" dan ini mmebuatkan pelajar saya berhati-hati semasa menulis kertas jawapan.

Dalam semakan nama ada dua orang pelajar, seorang lelaki dan seorang perempuan mempunyai nama ayah yang sama iaitu MOHD SHAPAWI. Saya tanya mereka ini adik beradik ke?. Jawapan serentak daripada dua pelajar berkenaan tak!!

Related Posts with Thumbnails