Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.

Wednesday, August 31, 2011

Zakat Fitrah & Amil Zakat

Pembantu Amil, Sdr Md Zaid orang panggil Mat Zaid Dr
pasal dia boleh sunat.. bagus sunat dengan dia ni..
Biasanya tiap-tiap tahun aku bayar zakat fitrah, lewat sampai pagi raya. Sunatkan sebelum solat raya. Tapi aku jenis 'last minute'. Tahun lepas bayar pukul 3.00 pagi di kedai roti canai di Jalan Baru. Chok (Mohd Yusof) amil kawasan Bukit Catak dan kebetulan Ustaz Sufian (amil juga) kebetulan ada.


Saturday, August 13, 2011

Menghalang laluan

Contoh kenderaan yang menghalang laluan di Putik
sebelum ini yang menyusahkan orang ramai.
Kita selalu mendengar ungkapan hadis yang disebut Jihad adalah setinggi-tinngi amal dan membuang halangan jalanan adalah selemah-lemah amalan yang boleh membantu iman pada diri seseorang. Jihad pula menurut Said Hawa dalam bukunya "Jundullah", di bahagikan kepada 4 iaitu Jihad paling utama ialaj Jihad Fisibillah dan termasuk juga jihad dalam pendidikan, khusus golongan guru ramai yang terbabit jika dia benar-benar ikhlas.

Saya suka satu percakapan pengetua saya kepada kontrator yang membaiki dewan sekolah. Dia sebut anggaplah membaiki dewan ini sebagai suatu amalan untuk membantu atau sumbangan mereka kepada sekolah atas asas untuk memberikan kemudahan kepada warga pengguna termasuk anak-anak kerabat mereka yang akan bersekolah situ nanti.

Thursday, August 11, 2011

Menginsafi Diri Di Surau Intan Sakinah


Aku kalau setiap pagi khamis jika ke surau sekolah (Surau Intan Sakinah), cikgu-cikgu lain mesti akan gelak sakan mengumpat aku. Mereka kata kalau cikgu Amra datang itu tanda kiamat kecil, kalau cikgu Zul datang makna tanda kiamat besar.

Hidup bermasyarakat dan sekop komuniti sekolah, acah, perli dan bergarau adalah perkara biasa. Kita tak patut mengambil endah sangat perkara seperti ini.

Thursday, August 4, 2011

Nasi Sayur @ Nasi Cair

Anak perempuan 5 tahun aku yang suka menggangu semasa memasak.

Bulan puasa ini kalau sebut pasal makanan semuanya berselera. Aku pun nak menulis pasal makanan juga kali ini. Pernah engkau orang terutama yang lelaki (suami) macam aku ini membuat 'spot check' apa yang ada dalam peti ais? Berapa plastik yang berisi lada, sayur, cuka kerepok, ikan bilis, kueh atau makanan yang tak habis? Mungkin ada yang dah berkulat kerana terlalu lama?

Kalau suami, isteri bekerja kita tak selalu masak dan banyak juga kita beli lauk di kedai sahaja. Kadang kala sayur yang dibeli tak sempat nak dimasak akhirnya terbuang sahaja.

Batal wuduk bila tersentuh isteri

Hari ini aku berkupiah. Nampak warak sikit!!
Hari ini khamis, biasanya di sekolah aku ada bacaan Yaasin dan solat hajat. Jadi nak ke sekolah aku ambil wuduk dahulu. Bukan apa malas nak buka kasut dan pakai stokin semula nanti. Bayangkan kalau kaki basah atau lembab susahlah sikit nak pakai stokin. Ini kira bukan susah sangat tapi 'malas'.

Bila ada wuduk, aku kena berhati-hati dengan isteri, pasal takut tersentuh. Dalam kereta masa hantar anak-anak ke sekolah belum turun kereta dia orang bersalam hulur tangan dari tempat duduk belakang. Aku pun berhati sebab tak nak tersentuh tangan isteri untuk berebut dan bersalam dengan empat orang anak.

Related Posts with Thumbnails