Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.

Thursday, September 17, 2009

Dapat kain pelikat berbatik....

Dua tiga hari lepas aku berada di Demong Resort, Besut terlipat dengan mesyuarat pembinaan e-Pantau SPM. e-Pantau ini ber'base'kan internet. Kami berbincang beberapa strategi pembinaan, input, output serta bentuk pelaporan. Kira-kira pening juga kepalanya.

Engkau orang bayangkan, aku masuk bilik perbincangan 8.30 pagi keluar pukul 5.30 petang. Nasib baik berpuasa dan musafir, solat pula boleh boleh jamak. Kalau tak bulan puasa hari JPNT kena buat beberapa siri.

Petang datang lagi ke sekolah!

Aku balik ambil anak. Bini aku tak boleh ambil pasal dia ada mesyuarat. "Tepat pukul 2.00 petang jangan lewat! Ini bulan puasa nanti budak tu berjalan kaki." Pesan yang merupakan arahan kepada aku yang selalu "makngal".

Ya ke?
Semalam dah berjalan sampai keluar jalan besar, tegas bini aku. Patutlah selepas berbuka puasa yang darjah satu terus tidur sampai sahur, mandi pun tak!

Wednesday, September 16, 2009

Hilang boring...

Aku duduk di kerusi untuk untuk menyelesaikan tugas terakhir hari ini, print slip Percubaan PMR. Kepala masing lagi pusing.. letih dan malas.

Sambil menyalin satu pembetulan daripada seorang guru, aku masih lagi membuka laman blogspot yang baru dibina sebentar tadi dibina. Zam senyap, sunyi dan tak terkata.... Zam adalah rakan sebilik aku. Dulu ada Wafi tapi sekarang dah menghilang entah kemana.

Hari ini antara yang penat...

Aku mulai mengajar 9.00 pagi, sampai sekarang masih belum berhenti. Jam menunjukkan 12.25 tgh. tadi anda janji dengan cikgu Rosni nak print slip PMR pukul 12.00 tgh.

Nasih agak baik, slip PMR telah aku siapkan untuk paparan versi online semalam. tadi cikgu Yati Anang ada telefon pelajar nak tukar sekolah mahukan slip. Aku cakap print sahaja melalui laman web sekolah http://www.aizek.net/periksa

Hari Pertama Mengajar Tingkatan 6

9.00 pagi aku ke kelas 6 Intan 3, 'sekor habuk' tak 'dok' dalam kelas. Aku ke Perpustakaan, rupa-rupa dia orang lepak di situ. Ada yang main games.

Kenapa main games? Dia orang menjawab internet tak boleh cikgu. Aku lihat setting pada komputer tersebut, rupa-rupanya ada yang dah menukar setting IP kepada NetBios. Ini semua kerja 'kaki download' di sekolah ini.

Kepala aku terbayang, ini mesti kerja si Shafiq.


[Pic: Pelajar tingkatan 6 sedang menggunakan komputer]

Related Posts with Thumbnails